Tan Sri Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Notis merah untuk mengesan dan menangkap ahli perniagaan yang paling dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low sudah dikeluarkan Interpol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun notis merah itu tidak boleh didedahkan kepada umum sebaliknya ia hanya terhad untuk edaran dalam kalangan agensi penguatkuasa sahaja.

“Sebenarnya red notice (notis merah) sudah ada dan memang (Jho Low) tersenarai. jadi pihak yang katakan tidak ada notis merah dan sebagainya sila datang jumpa saya di pejabat ya.

“Notis sudah dikeluarkan (Interpol) dan dia tersenarai dalam notis itu untuk ditangkap segera,” katanya dalam sidang media selepas Majlis

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Penggantian Lif melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan kementerian Kerja Raya.

Tambah beliau, notis itu tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya kerana itu adalah protokol.

“Ada dua kategori dalam notis merah iaitu satu boleh dikongsi bersama kepada awam dan satu lagi hanya dihadkan kepada penguatkuasa sahaja,..agensi-agensi penguatkuasa sahaja,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada  ejen risikan dapat mengesan Jho Low keberadaan Jhi Low, Hamid Bador berkata, sebelum ini ahli perniagaan itu disahkan berada itu di Wuhan, China.

“Sebelum ini, dia disahkan bersembunyi di Wuhan, ikut risikan antarabangsa, tetapi tidak ada maklumat terbaharu sama ada dia melarikan diri dari situ ekoran penularan Covid-19.

“Kalau dia datang ke Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia akan berikan rawatan terbaik untuk dia kerana kita terbukti terbaik apabila berjaya menyembuhkan 9 orang yang positif Covid-19 setakat ini,” katanya. – MalaysiaGazette