Empat anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor yang ditahan semalam atas dakwaan peras ugut wang RM3 juta sebagai menutup pembongkaran makmal pemprosesan dadah 12 Februari lalu di Cheras sedang disiasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kesemua empat anggota berkenaan diambil alih siasatan oleh Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Empat orang itu dikenalpasti sebagai seorang Inspektor, seorang berpangkat koperal dan dua koperal detektif telah ditahan oleh Bahagian Jenayah Berat JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor