Gelagat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar kes yang melibatkan Muhammed Yusoff Rawther dengan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dibuka semula siasatannya tidak dijadikan sebagai bahan politik.

Sebaliknya, Presiden PKR itu menegaskan supaya pihak berkuasa menjalankan tugasnya dalam mengendalikan kes berkenaan.

“Biarlah polis membuat keputusan itu. Terdapat banyak kes serius yang saya tahu. Jangan politikkan kes kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas Simposium Pembetukan Negara anjuran Universiti Help di sini hari ini.

Terdahulu, polis memanggil Yusoff susulan arahan Jabatan Peguam Negara agar dibuka semula siasatan ke atas satu laporan yang dibuat terhadap pembantu bekas pembantu penyelidik Anwar itu tahun lepas.

Polis difahamkan diminta mengemukakan kertas siasatan kepada Peguam Negara hari ini sebaik sahaja mereka selesai mengambil kenyataan Yusoff.

Difahamkan juga bahawa satu siasatan baru dijalankan ke atas setiausaha politik Anwar, Farhash di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan berkait kesalahan intimidasi jenayah dan menyebabkan kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast