Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak susut hari ini berikutan kebimbangan terhadap permintaan bahan api yang semakin meningkat berikutan wabak koronavirus yang semakin merebak di negara ini.

Situasi itu turut didorong oleh pengeluar minyak mentah utama dunia yang mahu mengurangkan pengeluaran untuk menyokong pasaran.

Minyak mentah Brent turun AS$0.24 atau 0.4% kepada AS$ 59.07 setong pada 0155 GMT, sementara minyak mentah Amerika Syarikat suust sebanyak AS$0.25 atau 0.5% kepada AS$ 53.63 setong.

Pada hari Jumaat, pihak berkuasa Korea Selatan mengesahkan 52 jangkitan koronavirus baru, menurut laporan Yonhap.

Di China, pengimport minyak mentah terbesar di dunia turut menyaksikan peningkatan jumlah kes jangkitan berbanding sehari sebelumnya.

“Satu risiko ialah sama ada jangkitan meningkat apabila orang ramai kembali bekerja di China kerana mereka sudah mula bekerja walaupun bukan secara berskala besar.

“Risiko lain adalah pemulihan aktiviti ekonomi di Tanah Besar yang mengambil masa lebih lama daripada jangkitan SARS pada tahun 2003 kerana ketika itu Beijing memilih untuk mengutamakan memerangi penyakit itu berbanding sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar,” tambahnya.

Menambah tekanan terhadap harga minyak adalah kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur mencari tempat perlindungan yang selamat.

Dolar AS yang lebih kuat biasanya menyebabkan harga minyak lebih mahal kerana komoditi itu diniagakan dalam mata wang tersebut.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak pada hari Khamis berkata, tiada keperluan bagi Pertubuhan Pengeksport-Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya untuk bertemu sebelum mesyuarat yang dirancang pada awal Mac ini.

OPEC telah mengurangkan bekalan dari pasaran bagi menyokong harga sejak beberapa tahun dan kebanyakan penganalisis menjangkakan akan berlaku lanjutan terhadap peraturan pengeluaran. – MalaysiaGazette