KUALA LUMPUR – Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) yang diumumkan memperlihatkan konsistensi dalam dasar kerajaan untuk membawa ekosistem automotif Malaysia ke peringkat seterusnya.
Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang merupakan tulang belakang industri automotif negara.
President dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sepanjang dekad yang lalu, Perodua telah membeli komponen berjumlah RM43.5 bilion daripada pembekal tempatan – dengan RM5.4 bilion pada tahun lepas sahaja dan tahun ini Perodua menjangkakan perbelanjaan hampir RM6 bilion untuk membeli komponen automotif tempatan.
Menurut beliau, pembelian sejumlah ini mengekalkan dan memperkasakan ekosistem automotif Malaysia, sekaligus menyumbang kepada ekonomi, pekerjaan dan pembangunan negara.
Malah, Perodua turut konsisten adalah komitmen kerajaan untuk meneruskan program Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah menerima pelaburan daripada banyak pemain industri.
Mengulas mengenai Industri 4.0, Zainal berkata, Perodua amat menyokong penggabungan teknologi,
khususnya penggabungan teknologi komunikasi dengan automotif.
Malah, syarikat itu telah membuka langkah di dalam bidang ini untuk produk-produknya.
Mengenai teknologi autonomi, Perodua, dengan bimbingan rakan teknikal dan teknologinya, Daihatsu Motor Company of Japan, telah memulakan langkah dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) dan yang paling penting, Perodua
telah menjadikannya mampu dimiliki orang ramai.
Katanya, teknologi ini akan ditambahbaik sejajar dengan matlamat kami untuk memberikan mobiliti kepada rakyat Malaysia yang lebih selamat dan menawarkan nilai yang lebih baik. – MalaysiaGazette