Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup bersama NGO Gabungan pada sidang media selepas membuat laporan polis berkaitan pemandu mabuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 21 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – ‘Raja report’ Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membuat laporan polis berhubung peningkatan insiden kemalangan maut yang menyaksikan mangsa kehilangan nyawa dilanggar oleh pemandu mabuk.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu kesal kerana kerajaan dilihat tidak menguatkuasakan tindakan serius terhadap pemandu mabuk yang disahkan mengakibatkan kematian kepada orang awam.

“Dalam undang-undang tidak ada tindakan, pemandu tu sudahlah mabuk langgar orang sampai mati tidak boleh ambil tindakan. Mengapa?

“Kenapa boleh jadi macam ini. Saya sangat kesal apabila PDRM kata undang-undang berkaitan mabuk ini terlalu ringan dan tidak diambil tindakan. Banyak orang dah mati pada tahun ini.

“Walaupun digesa pelbagai pihak, barulah kerajaan terfikir untuk naikkan hukuman berat kepada pemandu mabuk,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Abdul Rani Kulup bersama NGO Gabungan pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 21 FEBRUARI 2020

Laporan polis itu juga berkait rapat dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa kerajaan akan meminda hukuman lebih berat terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Cadangan itu termasuk menaikkan denda daripada tidak lebih RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

Dalam pada itu, Rani Kulup berkata, undang-undang berkaitan isu pemandu mabuk harus segera diperketatkan.

Malah katanya, langkah itu perlu segera diambil bagi mengelakkan lebih ramai orang awam di negara ini maut akibat dilanggar oleh golongan tidak bertanggungjawab ini.

“Saya gesa agar tangkap pemandu mabuk ini sebab dia langgar orang awam. Hukuman mandatori 20 tahun penjara, RM200,000 denda dan sebatan 20 kali perlu diperuntukkan kepada pemandu mabuk ini.

“Pemandu mabuk juga ini hendakkan menyara ahli keluarga mangsa seumur hidup biarpun dia sudah masuk penjara. Dia sudah mengakibatkan kematian ini harus digantung sampai mati malah lesen dia ditamatkan.

“Kalau ada kes kematian akibat dilanggar pemandu mabuk, hukuman dia gantung mandatori tidak boleh kompromi,” desak Rani Kulup lagi.

Sepanjang bulan lalu, terdapat lima kes kemalangan yang dipercayai berpunca dari pemandu mabuk.

Empat dilaporkan maut selepas kemalangan tersebut dan selebihnya mengalami kecederaan sejak kejadian pertama pada 25 Januari 2020 sehingga yang terbaru pada 18 Februari. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.