Mana-mana induvidu yang ‘menyaalah guna’ platform media sosial sehingga melakukan ugutan, provokasi dan ancaman terhadap pemimpin negara akan berhadapan dengan tindakan tegas selepas ini.
NGO Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis terhadap lima individu yang membuat ancaman bunuh, ugutan dan fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa baru-baru ini.
Malah GMPN juga tampil dengan satu tagline ‘No Fitnah Media Social’ yang akan digunakan untuk memantau individu-individu melakukan provokasi melalui laman sosial terhadap pemimpin negara khasnya.
Menurut Presiden GMPN, Mejar (B) Razali Zakaria, pihaknya terpanggil untuk membuat laporan polis terhadap mana-mana individu atau kumpulan melakukan provokasi serta ugutan termasuk ancaman bunuh kerana ia akan mengakibatkan keadaan tidak tenteram dalam negara.