KUALA LUMPUR – Sedang berlangsung di sebuah hotel pertemuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta beberapa pemimpin kanan parti itu bersama kira-kira 20 orang penyokongnya.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati Azmin hadir kira-kira jam 10.33 pagi tadi disambut para penyokong.
Selain Azmin, turut kelihatan kereta yang membawa seorang lagi menteri di hotel berkenaan.
Bagaimanapun kenderaan meninggalkan hotel sejam kemudian.
Antara yang dilihat hadir termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Baru Bian, Ronald Kiandee dan Maria Chin.
Turut berlangsung pagi ini mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di ibu pejabat parti itu yang terletak tidak jauh dari hotel di mana Azmin berada.
Mesyuarat dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sumber MalaysiaGazette melihat apa yang berlaku di Sheraton kemungkinan ada kerjasama baharu sedang dirancang oleh Azmin dan Bersatu direncana oleh Azmin and Bersatu dengan restu Dr Mahathir.
Juga tular di media sosial hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dikatakan akan mengumumkan keluar parti, selain berita pemecatan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin turut berlegar.
Malah ada juga yang membuat rumusan perkembangan terbaharu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan terpulang kepada beliau untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar atau sebaliknya lebih menjurus kepada pembentukan kerajaan pakatan nasional. – MalaysiaGazette
Jika azmin keluar dari pkr.
Mahu @ tidak kuota menteri yg diperuntukkan kepada beliau sebagai pemimpin pkr kena diserahkan balik.
Soalannya.
Adakah beliau layak duduk sebagai menteri apabila bukan lagi sebagai ahli pkr??
Woooooo..
Ada banyak jawatan menteri baru dari pkr bila mereka keluar pkr.
Ini yg kita tunggu-tunggu.
Perjuangan tanpa mengejar jawatan.