KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Semua Ahli Dewan Rakyat dari Bersatu juga dengan ini keluar Pakatan Harapan, kata Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” katanya. – MalaysiaGazette
Langkah terbaik dan dialukan demi Agama, Bangsa dan Negara tercinta. Allahhuakhbar.
Rakyat yang hendak, kena bagi lah…