KUALA LUMPUR – Semua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) masih menunggu ‘lampu hijau’ untuk ke Istana Negara.
Itu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut mengenainya.
Mengenai mesyuarat hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati mereka bersatu dan sentiasa bersama-sama di dalam BN.
Dalam pada itu, ahli parlimen BN mula meninggalkan Menara Dato Onn, PWTC, kira-kira 6.30 petang selepas berada di sana sejak tengah hari tadi.
Antara yang kelihatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan.
Difahamkan, kesemua mereka membawa memakai sut lengkap kerana dipercayai menunggu perkembangan lanjut termasuk jika dipanggil untuk ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette