Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah bercakap dengan portal ‘The Malaya Post’.

“Saya tak pernah cakap dengan ‘The Malaya Post’ pun…Kenapa tiba-tiba petik nama saya,” soal Najib.

Lewat malam tadi, portal berkenaan menyebut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan telah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gabungan parti baharu yang dinamakan Perikatan Nasional.

Menurut portal itu lagi, Najib juga memaklumkan beliau dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang lain sudah bersetuju dengan gabungan baharu tersebut bagaimanapun meletakkan syarat tertentu.

Namun begitu, menurut portal tersebut, tiada penjelasan lanjut mengenai syarat-syarat tersebut

“Ya, saya sudah tandatangan, namun bersyarat,” kata Najib seperti yang dipetik The Malaya Post. – MalaysiaGazette

Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast