ANKARA – Pihak berkuasa Turki menahan juruterbang Pegasus Airlines yang tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen bulan ini.
Kejadian itu mengakibatkan tiga penumpang terbunuh.
Semasa nahas, pesawat berkenaan tiba dari Izmir, tergelincir di landasan yang basah sehingga terbelah tiga bahagian.
Pihak berkuasa menyatakan pesawat itu terjatuh dari ketinggian 30 hingga 40 meter.
Dua juruterbang pesawat Boeing 737-86J disoal siasat susulan kejadian itu.
Bagaimanapun, Anadolu berkata, salah seorang juruterbang, Kapten Mahmut Arslan ditahan. – MalaysiaGazette