Ahli Parlimen Pandan merangkap Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyatakan rasa bangga kerana diberi peluang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia satu keistimewaan yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Saya pergi untuk mengemaskan apa-apa yang ada (pejabat TPM) barang-barang sayalah” katanya sebelum meninggalkan kediamannya dengan kenderaan Vellfire miliknya pada pukul 9.43 pagi menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, amanah yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya sebagai wanita pertama menjawat jawatan itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. – MalaysiaGazette