A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas beliau merasakan majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu lebih ‘mendengar kata setiausaha politiknya.’

Telahan itu dibuat oleh Mahathir berdasarkan perdebatan hangat semasa mesyuarat MPT pada Ahad lalu yang mana masa depan Bersatu dalam Pakatan Harapan (PH) dibincangkan.

Perkara itu didedahkan oleh Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin yang juga ahli MPT Bersatu.

Semasa mesyuarat berkenaan, Mahathir telah menjelaskan mandat besar yang diterimanya semasa mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu.

Lantaran itu, Mahathir merayu kepada MPT agar tidak memaksanya melanggar prinsip dan mengingkari janjinya (untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sidang Kemuncak APEC pada bulan November ini).

Mahathir tidak melihat desakan untuk penyerahan kuasa itu sebagai perkara yang mendesak.

“Itulah sepatutnya. Terdapat banyak perkara penting yang memerlukan perhatiannya.

“Ini termasuk menguruskan ekonomi, menstabilkan pasaran modal, meneruskan pakej rangsangan ekonomi yang dicadangkan, berunding dengan penjawat awam teratas dan pemimpin pemimpin parti politik utama,” kata Kadir menerusi blognya hari ini.

Agenda yang terakhir itu akan membantu beliau memahami secara lebih jelas sejauh mana sokongan yang mereka dinyatakan untuknya dan dari situ Mahathir merancang untuk langkah seterusnya.

“Sebagai contoh, adakah mereka menyokongnya kerana  benar-benar mahu beliau terus memimpin negara atau kerana mereka tidak mahu musuh mereka mendapat sokongan popular untuk menjadi Perdana Menteri?

“Sekiranya sokongan itu tulen dan tidak ada pesaing lain, maka Mahathir boleh mula membentuk kerajaan baru,” tulis wartawan veteran itu.

Mengulas perkembangan politik terkini, Kadir menambah, apa juga bentuk kerajaan yang diputuskan oleh Mahathir – satu yang pasti ialah penjenayah, kleptokrat, orang kena tuduh dan perasuah tidak sesekali akan mendapat tempat.

Perkara itu telah dijelaskan kepada parti pada mesyuarat Ahad lalu.

Malah, Kadir berkata, kedaulatan undang-undang, perbicaraan kes berprofil tinggi dan agenda reformasi akan diteruskan.

Soal Kadir: “Siapa yang dapat menyangka pada suatu hari kita akan diperintah oleh seorang interim Perdana Menteri yang berusia 94 tahun dengan restu Yang di-Pertuan Agong dan penjawat awam?”.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Interim sampai bila , sampai dia kojol mampos , ikut suka dia nk lantik siapa jd menteri , dua tahun ekonomi ranap masih nk selamatkan malaysia lagi , selamat kepala bana dia . Yg sebenar nya game dia kali ini makan tuan . Lepas balaci sopa ko ni nk bodohkan kami , ingat negara ni bapak dia dgn bapak ko punya .

Comments are closed.