BEIJING – KIra-kira 14% pesakit yang pulih daripada jangkitan Covid-19 dan dibenarkan keluar hospital di selatan wilayah Guangdong dilaporkan mengalami wabak itu sekali lagi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.
Berikutan itu, pasakit yang diisytihar pulih mungkin masih menjadi pembawa virus tersebut, sekali gus menambah kerumitan mengawal penyakit itu.
Tidak ada kesimpulan yang jelas tentang mengapa ia berlaku dan sama ada pesakit itu masih boleh berjangkit, kata Song Tie, Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Guangdong.
Menurut penilaian awal, pakar percaya pesakit yang dipercayai masih pulih dalam pemulihan daripada jangkitan paru-paru tetapi masih belum sihat sepenuhnya.
Menurut garis panduan rawatan terbaru untuk Covid-19 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, pesakit boleh dianggap pulih dan dibebaskan dari hospital apabila ujian tekak atau hidungnya didapati negatif dalam dua ujian berturut-turut, selain pemeriksaan imbasan paru-paru juga tiada masalah.
Garis panduan menyarankan pesakit yang pulihkan harus memantau kesihatan mereka dan membatasi aktiviti luaran selama dua minggu selepas meninggalkan hospital dan menjalani ujian semula untuk minggu-minggu berikutnya.
“Beberapa keputusan ujian pesakit kembali positif dalam pemeriksaan susulan,” kata Li Yueping, Pengarah Unit Rawatan Intensif di No.8 People’s Hospital di Guangzhou.
No.8 People’s Hospital telah menemui 13 pesakit yang dibenarkan keluar yang diuji positif sekali lagi, walaupun tidak menunjukkan tanda-tanda yang diperbaharui, menurut Li. Ujian asid nukleik untuk 104 hubungan rapat pesakit semua mendapati keputusan negatif, kata Li.
Cai Weiping, Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di No.8 People’s Hospital memberitahu keputusan positif pada pesakit yang pulih didapati dari swab dubur, kaedah yang jarang digunakan.
Keputusan yang diambil mendapati pesakit dalam lingkungan “lemah positif”, katanya. – MalaysiaGazette