KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah hadir ke Istana Negara petang tadi bagi pengesahan sokongan berhubung pembentukan kerajaan baru.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Akhbar dan Penerbitan, Jabatan Ketua Menteri.

“Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal telah hadir ke Istana Negara petang tadi dan melakukan perkara seperti yang dibuat oleh ahli-ahli Parimen yang lain.

“Adalah tidak benar mengatakan beliau telah menghantar wakil dan tidak diterima oleh pihak istana,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pendek.

Kenyataan itu menjelaskan laporan media yang memaklumkan Seramai 129 ahli parlimen telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi kedua temubual hari ini.

Dalam laporan itu, media menulis hanya dua Ahli Parlimen yang tidak memenuhi undangan Yang di-Pertuan Agong bagi tujuan tersebut yang berakhir hari ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Presiden Parti Warisan yang juga Ahli Parlimen Semporna, Mohd. Shafie. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast