LONDON – Mahkamah Arbitrari Sukan (CAS) mendaftarkan rayuan Manchester City terhadap hukuman penggantungan dua tahun daripada sebarang aktiviti dan kejohanan bola sepak Eropah 14 Februari lalu.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu juga telah didenda oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) sebanyak 25 juta pound atas kesalahan melanggar peraturan kewangan Keadilan (FFP) Uefa.
Ketua Eksekutif Man City, Ferran Soriano berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali.
“Adalah tidak mustahak untuk mengatakan bila agaknya msalah ini dapat ditangani,” katanya.
Prosedur CAS melibatkan penyerahan dokumen bertulis antara dua pihak sementara barisan panel timbang tara akan mendengar rayuan tersebut.-MalaysiaGazette