KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah melebalkan Menteri Besar, Datuk Sri Mukhriz Tun Mahathir sebagai gila kuasa apabila mewujudkan kerjasama baharu yang dikenali gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di negeri itu.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kerajaan PH hanya berubah pada nama gabungan tetapi watak, keupayaan dan kepimpinan masih sama.
Bagaimanapun, menurutnya, apa faedah kepada rakyat dan siapa yang untung sebenarnya.
“Inilah gambaran bahawa Mukhriz gila kuasa untuk mempertahankan kuasanya dan rakyat tiada untung apa-apa, mereka dijadikan taruhan oleh elit politik yang mahu kekalkan kuasa mereka.
“Sama seperti hampir dua tahun lepas, rakyat Kedah tidak merasai kebaikan terhadap kerajaan PH yang dahulu dan lebih teruk akan dirasai sekarang ini dengan kerajaan PH+Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Mohd Johan Rizal menambah, lebih perit, apa yang akan dirasai rakyat Kedah adalah ketidak stabilan kerana gabungan baru ini akan berperang, berpolemik dan konfrontasi sesama mereka.
“Ya nampak seperti gabungan tetapi gabungan baru ini kita ketahui tidak akan kekal dan sangat rapuh.
“Yang untung pastilah Menteri Besar, Exco yang kekal jawatan dwngan kuasa, pangkat dan gaji yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, Mukhriz sepatutnya membuat pertimbangan semula dengan melepaskan
jawatan.
Jelasnya, beliau sepatutnya menyerahkan kepada rakyat dalan menentukan siapa yang mereka mahu menerajui Kedah.
“Akuilah bahawa gabungan PH adalah sebuah kerajaan yang gagal, Itu barulah sebenar benar pemimpin.
“Kepada Mukhriz dan rakan rakan, usahlah cuba menyembunyikan bangkai yang sudah pun berbau, jangan mangsakan rakyat dengan kepuraan-kepuraan ini,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: