Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tindak tanduk dan arah parti itu tertakluk kepada keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, ia selaras dengan Perlembagaan Bersatu, Fasal 16.2 dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Menurut fasal itu, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi Parti Bersatu iaitu Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette