KUALA LUMPUR – Dalam kekalutan krisis politik dan kepimpinan negara hari ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan rakyat Malaysia untuk mencari ketenangan dengan melihat kanak-kanak atau pun haiwan.
“Dalam keadaan kita dibebani dengan isu negara dan kepimpinan kadang-kadang elok juga kita lihat kepada kanak-kanak dan kerbau serta bangau, ia membawa ketenangan tatkala semuanya mengikut fitrahtullah, semoga Allah SWT amankan Malaysia. Amin,” katanya dalam satu ciapan di Twitter yang turut memaparkan sekeping foto Syukur “Si Budak Kerbau” bersama sekandang haiwan tersebut.
Zulkifli turut memuat naik lima potong doa yang berbeza bagi memohon supaya dikurniakan pemimpin yang baik.
Kemelut politik negara sudah memasuki hari ketujuh dengan jalan cerita yang semakin berserabut.
Masih belum ada tanda-tanda krisis ini akan berakhir dalam tempoh yang singkat.- MalaysiaGazette