Datin Paduka Marina Mahathir menyertai demontrasi tanpa permit di Sogo dan Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR – Demonstrasi tanpa permit bagi menolak pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 yang berlangsung di Sogo dan Dataran Merdeka petang tadi turut disertai Datin Paduka Marina Mahathir dan S. Ambiga.

Bertemakan ‘Tegakkan Demokrasi, Selamatkan Malaysia’ dengan tanda pagar ‘TolakPengkhianat’, perhimpunan anjuran Jawatankuasa Demonstrasi 1 Mac itu turut disertai beberapa pemimpin gabungan Pakatan Harapan.

Antaranya Faiz Fadzil, Ashiq Ali serta pimpinan Parti Sosialis Malaysia, E Nalini serta ramai lagi.

Rata-rata yang hadir meluahkan rasa kecewa dengan pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan menuduh gerakan itu menggunakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui ‘Langkah Sheraton’ baru-baru ini.

Marina ketika memberikan ucapan sempat menyelar kerajaan ‘Perikatan Nasional’ yang disifatkan disertai oleh segelintir pemimpin ‘korup dan pengkhianat’

“Rakyat perlu rasa malu, kerana kerajaan yang kita ada kini adalah korup, pengkhianat. Hakikatnya tiba masa untuk kita bangkit membantah jika mahukan sebuah negara bersih serta bermoral.

“Sebagai pengundi, kita sebenarnya berhak menuntut sebuah kerajaan baharu, saya yakin akan bangkit dan pastinya akan ada perubahan,” katanya di hadapan kira-kira 100 penyokong.

S. Ambiga turut mengambil bahgian dalam perhimpunan tanpa permit bagi membantah pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Ambiga menggesa rakyat bangkit segera membantah kerajaan yang diasaskan melalui ‘pintu belakang’ walaupun mandat telah diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Ahli politik yang diundi rakyat cendurung sekali lompat melompat pada masa kini.

“Parlimen perlu mengadakan satu sidang tergempar bagi membincangkan perkara ini, jangan biarkan demokrasi yang kita bina ini dengan penuh kepercayaan itu ’mati’ begitu sahaja,” tegasnya.

Manakala Naib Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil pula mahu kerajaan ‘pintu belakang’ ini ditentang habis-habisan.

“Dengan begitu susah kita lakukan perubahan pada PRU 2018 untuk jatuhkan kerajaan terdahulu dan kini tidak sampai dua tahun, mereka kembali berkuasa.

“Bangkitlah rakyat, Perlembagaan telah beri hak kepada rakyat untuk pilih rakyat tetapi kerajaan sekarang telah menghina rakyat.

“Ayuhlah kita bangkit selamatkan rakyat daripada kerajaan pintu belakang untuk mentadbir negara, bangkitlah,” ujarnya.

Setelah memberikan ucapan provokasi dan berapi-api kumpulan itu kemudian berarak ke Dataran sebelum bersurai sejam selepas itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

13 Komen

  1. masa ph jd kerajaan yg menipu manifesto,menipu rakyat,mana korang semua hilang????

  2. kah kah yerrr Marina…kalau nak kerajaan baru apsal Bapak ko tak nak bubarkan parlimen masa letak jawatan??? bengong

  3. Minta PM baru deferkan sidang parlimen yang dijadualkan Mac ini?

    Perkemaskan perikatan dahulu, bersatu padu, dah boleh mula tubuh RCI siasat kenapa aset2 strategik TH dilelong murah habis2an. Mereka yang terlibat baik di TH atau dikementerian kewangan perlu didakwa dengan segara.

    Rakyat nak tahu!

  4. Where were Marina and Ambiga when there was a fireman murdered by a extreme group in the country, when PH cheated on the students with the abolition of PTPTN, when the Felda community was crying over the unfulfilled promises made by the PH government, when the ordinary people on the street were lamenting on the rise in the cost of living, etc. In my opinion, these two are unfit to call for fairness and justice in lthe country.

  5. Marina Mahathir…kamu dengar sini baik2. Sebagai wanita
    Islam, kamu juga terpalit dengan isu2 moral..LBGT dsb..apa moral yang kamu laung2kan? Kamu laksana seekor Ayam jantan yang berkokok berderai-derai tapi eskor bergelumang dengan najis

  6. Jangan ko sebut maruah nak muntah.. cerminlah muka tu. Àpa yg x sah. Nya.. MN nak bubar palimen pakatan hanging pilih jubry.. so Mana yg silapnya ..

  7. Kalau dah bebas tayang gunung Dan lurah nak bersih apa, kau tu marina, bersihkan diri kamu tu dulu dengan lgbt

  8. Tak payahlah nak buat demo .. terima je lah mshyuddin sebagsi pm yg br .. sama sama bergsnding bahu demi kepentingan rakyat .. bg pn.marina terimslsh qada allah ada hikmahnya .. mungkin allah nak tun berehat dan habisksn disa2 hidup ni bersama2 keluarga tersayang ..

Comments are closed.