Barisan penyelidik UTeM yang telah meraih kejayaan di The 19th International Expo on Invention and Innovations, Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Keunggulan rangkaian produk inovasi yang telah dihasilkan oleh barisan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus diiktiraf dan diperakui di pentas dunia.

Terbaharu, barisan penyelidik UTeM telah berjaya merangkul 1 Anugerah Khas dan 15 pingat di The 19th International Expo on Invention and Innovations, Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 yang berlangsung pada 20 hingga 22 Februari lalu bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

MTE 2020 merupakan platform kepada pencipta inovasi mengenengahkan hasil ciptaan mereka yang bertaraf dunia dengan menyaksikan sehingga lebih lima ratus penyertaan pempamer dari 25 buah negara dari seluruh dunia.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Raha Abdul Rahim melahirkan rasa gembira atas kejayaan yang telah dicapai oleh barisan penyelidik UTeM yang telah beraksi di MTE 2020 ini apabila kesemua 15 produk UTeM yang dipertandingkan berjaya merangkul pingat.

Jelasnya, kejayaan itu menggambarkan bahawa produk inovasi UTeM diiktiraf diperingkat dunia dengan merangkul 15 pingat yang mana terdiri daripada 5 pingat emas, 7 pingat perak dan 3 pingat gangsa manakala turut berjaya membawa pulang 1 Anugerah Khas.

Katanya, antara produk UTeM yang meraih pingat emas adalah Hollow-Rotor Bldc : A New Motor For Future Hvls Fan Application oleh Profesor Madya Dr Raja Nor Firdaus Kashfi Raja Othman dan menariknya produk yang ini turut berjaya merangkul Anugerah Khas (Euro Business Haller Poland)

Seterusnya pingat emas juga buat produk inovasi Turn & Burn – Hybrid Ultrasonic Wire Electrical Discharge Turning For Micro Part Fabrication oleh Prof. Madya Dr. Raja Izamshah Raja Abdullah.

Manakala tiga pingat lagi menerusi produk Advanced Portable Oil Spill Skimmer (Ad-Poss) For Oil Spillages Response And Recovery (Osrr) Ir. Dr. Lokman Abdullah, Integrated Profiling System (I-Pro) oleh Prof. Dr. Ahmad Rozelan Yunus dan School Indoor Pollutant Monitoring Device (Simple) oleh Amir Abdullah Muhamad Damanhuri.

Sementara itu tujuh produk inovasi UTeM yang telah berjaya meraih pingat perak antaranya adalah Reconfigurable Integrated Siw Filter And Antenna, Wireless Sf6 Gas Distribution Monitoring System (Sf6-Gdmos) For Gas-Mixtured Insulated Switchgear Application.

Seterusnya Iot-Based Flash Flood Early Warning System, New Hex HB Honey Co, Novel Design PVT System For Residential Building, Biodegradable Cogon Grass Tray (Bcg-Tray) dan Muet Corpus

Bagi tiga  produk yang telah berjaya meraih pingat gangsa pula adalah Expert- Portable Clamping, High Gain Sub Millimeter-Wave Array Antenna For 5G Smartphone Applications dan Alert And Awareness System For Fire Extinguisher (Awsfe).- MalaysiaGazette