KUALA LUMPUR – Kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi salah satu lokasi tumpuan semasa kemelut politik melanda negara kini kembali tenang hari ini.
Hanya beberapa orang orang sahaja wakil pengamal media yang berada di lokasi.
Sejak awal pagi tidak kelihatan pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkunjung ke rumah Anwar, begitu juga dengan penyokongnya yang tidak lagi berkampung di situ.
Presiden PKR itu meninggalkan kediamannya pada jam 1.16 tengahari, namun beliau tidak bercakap dengan pengamal media.
Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan dan mula bertugas hari ini selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH).
Pelantikan Muhyiddin itu selepas beliau mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Barisan Nasional, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – MalaysiaGazette