ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu belian saham wajaran tinggi dalam sentimen pasaran yang positif susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), semalam.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.31 mata kepada 1,489.95 daripada 1,478.64 pada Selasa..

Selepas dibuka susut 0.31 mata kepada 1,478.33 pagi ini, indeks petunjuk utama itu bergerak dalam jajaran 1,474.95 hingga 1,491.07 sepanjang dagangan hari ini.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 464 berbanding 431 manakala 338 lain tidak berubah, 765 tidak didagangkan dan 18 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.99 bilion saham bernilai RM2.37 bilion daripada 3.08 bilion saham bernilai RM2.49 bilion pada Selasa.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka rendah namun meningkat kemudiannya dan terus mengekalkan momentum itu sepanjang tempoh dagangan susulan pembelian saham-saham wajaran tinggi, khususnya saham kewangan dan telekomunikasi.

Pada Selasa, BNM mengumumkan penurunan OPR sebanyak 25 mata asas iaitu kali kedua tahun ini bagi menampan ekonomi daripada sebarang risiko berikutan penularan COVID-19.

Malah, tindakan itu adalah seiring dengan langkah penurunan kadar faedah yang dilaksanakan beberapa bank pusat lain di peringkat global dan terbukti telah menyuntik prestasi positif di bursa tempatan.

“Saham-saham tempatan memberikan reaksi positif terhadap langkah BNM itu yang diumumkan di tengah-tengah kebimbangan membabitkan COVID-19.

“Langkah itu juga dilihat seiring dengan Pakej Rangsangan Ekonomi RM20 bilion yang diumumkan Khamis lepas dan dijangka membantu menangani risiko penyusutan ekonomi akibat COVID-19,” kata peniaga.

Beliau berkata prestasi itu turut seiringan dengan prestasi pasaran saham-saham Asia yang lebih baik walaupun Wall Street susut selepas pengurangan kadar faedah secara mengejut di Amerika Syarikat bagi mengurangkan impak virus itu, terbukti gagal merangsang pasaran.

Indeks Nikkei Jepun naik 0.08 peratus kepada 21,100.06, Indeks Straits Times Singapura menokok 0.18 peratus kepada 3,024.91, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan juga meningkat 2.24 peratus kepada 2,059.33, Indeks Saham Bursa Shanghai meraih 0.63 peratus kepada 3,011.67 namun Hong Kong Hang Indeks Seng turun 0.24 peratus kepada 26,222.07.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung enam sen kepada RM8.47, Tenaga naik lapan sen kepada RM12.58, Public Bank menokok 14 sen kepada RM17.90 dan CIMB meningkat empat sen kepada RM4.54. Bagaimanapun, IHH kekal tidak berubah pada RM5.60.

Bagi saham aktif, Tiger Synergy dan Sapura Energy masing-masing rugi setengah sen kepada tiga sen dan 16.5 sen, Careplus untung 3.5 sen kepada 31 sen, Xidelang naik satu sen kepada 16.5 sen dan Vortex tidak berubah pada lapan sen.

Indeks FBM Emas meraih 73.29 mata kepada 10,504.53, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 80.01 mata kepada 11,151.0, Indeks FBMT 100 menokok 75.97 mata kepada 10,328.98 manakala FBM 70 naik 84.35 mata kepada 12,815.66.

FBM Ace sebaliknya susut 3.78 mata kepada 5,245.22.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 2.93 mata kepada 135.27, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 137.22 mata kepada 14,450.54 dan Indeks Perladangan meningkat 2.23 mata kepada 6,752.28.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.70 bilion saham bernilai RM2.14 bilion daripada 2.0 bilion saham bernilai RM2.24 bilion pada Selasa.

Waran meningkat kepada 382.36 juta unit bernilai RM64.34 juta berbanding 365.49 juta unit bernilai RM64.87 juta, semalam.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 911.09 juta saham bernilai RM173.08 juta berbanding 712.21 juta saham bernilai RM178.55 juta pada Selasa.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 339.23 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (190.97 juta), pembinaan (122.43 juta), teknologi (174.93 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (65.95 juta), hartanah (239.63 juta), perladangan (46.61 juta), REIT (14.05 juta), dana tertutup (41,000), tenaga (282.84 juta), penjagaan kesihatan (83.35 juta), telekomunikasi dan media (27.05 juta), pengangkutan dan logistik (30.83 juta) serta utiliti (80.17 juta).

— BERNAMA