KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) didesak menyiasat mana-mana Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti bagi menubuhkan kerajaan pintu belakang.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil menegaskan, tiada gunanya pihak polis menyiasat rakyat berhimpun sedangkan wakil rakyat terbabit yang merosakkan sistem demokrasi di negara ini.
“Lebih baik pihak polis bertindak secara bebas dan siasat ADUN atau Ahli Parlimen melompat parti. Adakah wujud unsur jenayah yang menyalahi undang-undang.
“Daripada menyiasat kami yang menyatakan pendirian, pandangan dan bantahan yang dibenarkan dalam Perlembagaan.
“Siasat mereka juga yang merosakkan sistem demokrasi, semangat Perlembagaan dan pilihan rakyat,” katanya kepada pemberita di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.
Kira-kira 20 individu termasuk aktivis dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan sejak jam 1 tengahari tadi.
Kehadiran mereka bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan Selamatkan Malaysia di pekarangan pusat beli-belah Sogo dan Dataran Merdeka pada 1 Mac lalu.
Turut dipanggil untuk dirakam keterangan adalah aktivis Bersih 2.0 yang juga anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datin Paduka Marina Mahathir.
Kesemua 20 individu itu disiasat di bawah Akta Perhimpunan AMAN (APA) 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan notis lima hari kepada pihak polis.
Manakala ada beberapa individu lain termasuk seorang aktivis pelajar, Wong Yan Ke disiasat di bawah APA 2012 dan Akta Hasutan 1948. – MalaysiaGazette
Otak dah bengong….. apa pulak Polis nak siasat???? Haaaa….. gila dah.
Terima lah hakikat kerAjaan PH HanCurr dhj…ust 21 bulan, jd lah pembangkang yg terbaik baru rakyat boleh nilai…ni asyik MenYonDol je, keputusan Agong’ pun nk bangkang ke….? Malu le weii, maruah mana….ni bukan negara komunis!
Bukan gilo Tuan, ni dh SASau….Bioll, yg Kepala presiden dia wat lari kerusi xsedar pula, tu bukan lompat tu mby MenYonDol !!!
Bodoh lh ko ni..ahli politik kluar parti itu bukn satu jenayah..itu lh klu bodoh , yg jnayah nya puak2 ko tu, nk jatuhkn pm, dgn cara jahat…alhamdulillah sudah ada ke indafan drpd wakil2 mp, sudah blik kpangkal jaln, dulu buta pilih puak2 ph jadi krjaan..skrg ngra sudah slmt dan terjamin kselamtanya..dulu du bawah2 penipu, pfitnah n pjahat ambil duit rakyat..prundangan kotor di sbbkn bekas pguam ngra yg bodoh n perkauman..smoga mlysia slma , aman n di berkati Allah di bawah gabungan muafakat nasional n gabungan pakatan nadional..insyllah.
Masa MP UMNO lompat ke PPBM.dulu, ko x suruh siasat pulak? Sbb masa tu PPBM.geng PH kan?
Dasar PAN barua DAP. Mmg x layak memerintah.