Tan Sri Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan tersebut adalah susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap permohonan Tan Sri Tommy Thomas yang memendekkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari lalu.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara,” kata kenyataan tersebut.

Idrus anak kelahiran Sanglang , Kedah pada tahun 1955 mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid sebelum melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di Universiti Malaya.

Beliau memulakankerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang pada 1980 dan pernah menjadi Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya.

Idrus dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018.

Idrus Harun yang dilahirkan di Sanglang, Kedah pada 1955 mendapat pendidikan awal di di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam (1969-1974) dan Kolej Sultan Abdul Hamid (1974-75).

Beliau ,elanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan lulus Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) pada 1980.

Memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-undang pada 1980 dan selepas itu berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwaraya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya.

Beliau pernah menjadi Pendaftar Syarikat (1998- 2002 ) dan berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa serta sebagai Penggubal Undang-undang Parlimen (2004-2006) sebelum menjadi Peguamcara Negara (2006-2014).

Idrus juga merupakan Anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia (bermula April 2002) di samping pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).

Beliau merupakan Ahli Lembaga bagi Malaysia – Thailand Joint Authority (MTJA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan (2014-2018) sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. -MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Hopefully, from now on there will be fair trials in the courthouses in Malaysia. Dulu cakap ‘Rule of Law’, tapi semua itu drama saja oleh Rejim PH yang suka menindas sesetengah pihak. Moga-moga Malaysia aman kembali. Kes Terowong PP, Kes Adib, Kes DSN, dan lain-lain lagi perlu diadili seadil-adilnya tanpa menyembunyikan sebarang fakta. Puak-puak liberal, anti-Islam, anti-Bahasa Melayu, dll perlu dikawal mulut mereka. Semua pihak harus ikut adab dan budaya di Malaysia. Kita ini bukan negara Liberal, tapi Negara Islam. Kata orang, ‘when adab goes missing, biadap comes in”. God save and bless Malaysia.

Comments are closed.