Roy Hodgson sambung kontrak setahun sehingga musim hadapan bersama Crystal Palace.

LONDON – Roy Hodgson telah menandatangani kontrak selama setahun lagi bersama Crystal Palace.

Penyambungan kontrak itu akan memastikan pengurus berusia 72 tahun itu kekal bersama the Eagles hingga akhir musim 2020/2021.

Bekas Jurulatih England itu mengambil tugas mengemudi Crystal Palace pada September 2017 dan membantu pasukan itu daripada terjerumus dalam zon penyingkiran.

“Saya sangat bersyukur mencapai perjanjian sambung kontrak setahun lagi bersama kelab.

“Saya bangga dengan pencapaian saya bersama kelab sejak dilantik sehingga hari ini,” katanya.

Palace kini menduduki tangga ke-12 dalam EPL, sembilan mata daripada pasukan yang berada dalam zon penyingkiran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast