Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipersoalkan apabila menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan beliau juga mahu bekerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertikaikan pendirian Ahli Parlimen Semporna itu yang dilihat mahu bermain politik dengan selamat tanpa bersikap berkecuali dalam dua kem dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

“Apa punya pendirian ini? Mahu main dua kolam? Mahu main selamat? Adakah ahli-ahli Parlimen Warisan akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri bila sidang parlimen berlangsung bulan Mei ini?

“Saya masih teringat Datuk Seri Shafie dulu memberi alasan bahawa ahli-ahli Parlimen BN melompat ke Warisan kerana mereka mahu bersama dengan kerajaan untuk meneruskan pembangunan di kawasan masing-masing.

“Apapun, hari ini adalah pandangan Datuk Seri Shafie di depan tabir. Esok lusa kita tunggu pula pendirian di belakang tabir ahli-ahli Parlimen Warisan. Pastinya menarik untuk mendengar bisikkan peribadi mereka,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, semalam.

Abdul Rahman juga membayangkan jika Shafie terus tidak berpendirian tetap, beliau tidak menolak kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah tidak berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri Sabah.

“Apakah pendirian PPBM Sabah pula? Apakah mereka masih mesra Warisan di Sabah sedangkan Perdana Menteri mereka tidak disokong oleh Warisan?

“Datuk Seri Shafie menidakkan peluang ahli-ahli Parlimen Warisan untuk menjadi menteri dan timbalan menteri atau memegang jawatan dalam agensi dan GLC kerajaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ramai komen buat palatao… Mereka kata Perikatan kerajaan pintu belakang sebab MP lompat. Tapi diorang x sedar, selepas pru14 Sabah antara negeri yg mana dimenangi oleh BN tapi hampir semua adun BN (28 dari 31) lompat sertai PH. Kenapa masa tu mahachai PH tidak kata ianya kerajaan pintu belakang? Sebab anda bodoh laa

    Sekarang peringkat persekutuan di tadbir PN.. tidak mustahil adun BN yg lompat tu akan kembali semula ke BN. Seterusnya menubuhkan kerajaan baru di Sabah. Dan tidak pelik jika ada adun dari PH sendiri terutama warisan dan pkr yg menyertai PN kerana menolak shafie yg tidak mengambil berat permasalahan Rakyat Sabah terutamanya isu Pas Sementara Sabah (PSS) selain sikap berat sebelah yg diambil shafie afdal yg mementingkan bahagian tawau. Dengan kata lain sempornasasi.

Comments are closed.