Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

KUALA LUMPUR – Cadangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa supaya mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad diberikan peluang menyertai pasukan pengurusan kawalan wabak Covid-19 dipersoalkan DAP.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dalam satu kenyataan hari ini melahirkan kehairan dengan ciapan Annuar dalam Twitternya semalam.

Soal Tengku Zulpuri yang juga merupakan Ahli Parlimen Raub, adakah cadangan itu juga sebenarnya seolah-olah mencerminkan ketika ini kerajaan Perikatan Nasional (PN)  ketandusan pemimpin berkredbliti seperti Dzulkefly.

“Meskipun Annuar mungkin berniat baik, cadangan itu bagaimanapun membuatkan rakyat tertanya-tanya, adakah kerajaan yang ditubuhkan tanpa mandat rakyat ini sudah ketandusan pemimpin yang berkredibiliti seperti Dr. Dzulkefly?

“Jika jawapannya ya, mengapa Annuar dan rakan-rakannya sanggup menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang telah dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu?

“Ini juga berlaku ketika Kementerian Kesihatan yang diterajui Dr. Dzulkefly bersama-sama penjawat awam barisan hadapan negara bertungkus-lumus berusaha menangani wabak Covid-19,” soalnya lagi.

Semalam Annuar mencadangkan agar Dzulkefly diberi peluang untuk bersama pasukan kementerian untuk menangani Covid-19.

Selain Annuar, bekas senator UMNO, Khairul Azman Harun pula berkata, prestasi pemimpin parti Amanah itu lebih baik berbanding menteri sebelumnya.

Tengku Zulpuri berkata, hakikat yang tidak boleh disembunyikan ialah tentang prestasi  Dzulkefly yang selama ini banyak dihujani pujian daripada pelbagai pihak di dalam negara mahupun antarabangsa atas kejayaannya menangani wabak Covid-19 di Malaysia.

“Sehingga hari ini, kerajaan yang tidak menerima mandat rakyat ini masih belum mengumumkan barisan Kabinet. Ini bermakna jawatan Menteri Kesihatan kekal kosong tidak diisi.

“Saya bimbang seandainya berlarutan, ia akan mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat memandangkan jumlah kes individu yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat sejak kerajaan PH ditumbangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu. Tengku Zulpuri juga mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan krisis wabak pada masa ini.

“Muhyiddin selaku individu yang paling bertanggungjawab dalam hal ini perlu bersikap sewajarnya dengan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan krisis wabak yang dihadapi negara ketika ini,” tegasnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Bukan ketandusan..boleh aje nk bg menteri baru..tp kl Dr Zul berkebolehan knp tidak khidmat beliau dikekalkan.. dlm mn2 parti pun bkn semua pemimpinnya hebat..tp dlm PH ramai yg kurang wibawa..sijil pun tipu..

  2. Yang buat keja bukan menteri tu.Staff kementerian yang lakukan semua.Dia ambil nama saja.

  3. Itu menunjukkan yg PN betui2 terbuka..yg mn bleh buat keja, idakla dibuang mcm PH sblm ni..berderet lantikan politik..buat gheja pm xreti..lg satu, xpyhla no propa org lain yg tumbangkan PH..bodoh la apa?..PM PH dulu yg buat onar

Comments are closed.