Foto yang disertakan bersama ciapan Datuk Dr Zulkifili Mohamad al-Bakri di laman Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Zulkfili Mohamad Al-Bakri yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memohon semua pihak mendokan agar beliau dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan sepenuh keupayaannya.

Dalam ciapan di laman Twitter, Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, sejurus selepas pengumuman pelantikannya ke jawatan itu, seperti biasa beliau terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. ⁣

Teringat saya kepada sebuah hadith daripada ‘Abdullah bin Salam, beliau berkata: ⁣ ⁣ “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada Baginda. Ada yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang. Lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahwa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah, ‘Wahai sekalian manusia, ⁣ ⁣
1) Sebarkanlah salam⁣
2) Berikan makan⁣
3) Sambunglah silaturrahim⁣
4) Solat di waktu malam ketika orang-orang tidur
 Nescaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.⁣”
“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya. ⁣Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakkal,” katanya.
Dr Zulkifli menjadi mufti pertama yang diberi tanggungjawab sebagai menteri penuh. Beliau akan mengangkat sumpah pelantikan Senator esok di Dewan Negara. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tahniah Datuk. Kami doakan Allah tetapkan kaki Datuk di jalan yang lurus dan dikurniakan taufik dan inayahnya.
    Alangkah indahnya sekiranya pada hari Jumaat seorang ayah dapat membawa anaknya untuk menunaikan solat Jumaat, duduk disebelahnya untuk mengawasi sambil mendidik anaknya itu. Peruntukan beberapa saf hadapan untuk jemaah mukallaf dan selebihnya benarkan di selang seli dgn jemaah kanak2. Apabila dibiarkan saf kanak2 dibelakang sekali mereka cenderung untuk bermain dan mengganggu dengan kebisingan suara mereka. Mudah mudahan ada sesuatu yang boleh difikirkan.

Comments are closed.