Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Harga minyak menjunam ke paras AS$30 setong hari ini apabila rundingan OPEC gagal dan menyebabkan pengeluar minyak terbesar, Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan lebih banyak output dan merendahkan harga bagi menandingi pesaing-pesaingnya.

Bagi Malaysia yang mana kira-kira 33 peratus daripada pendapatannya bergantung kepada emas hitam itu, pastinya negara menerima impak besar apabila harga komoditi tersebut jatuh teruk di pasaran dunia.

Malah pagi ini, Bursa Malaysia terpaksa menggantung kaunter-kaunter minyak dan gas apabila harganya jatuh melebihi 15 peratus daripada harga rujukan.

Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menaikkan kebergantungan terhadap pendapatan daripada sumber petroleum.

Jelasnya, beliau dan kerajaan Barisan Nasional mengambil masa sehingga sembilan tahun untuk menurunkan kebergantungan hasil minyak kepada 12.7 peratus berbanding 41 peratus sebelumnya.

Ini termasuk dengan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu sumber baharu pendapatan kerajaan.

GST bagaimanapun dihapuskan apabila kerajaan PH berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum 2018.

“Bulan April 2019 lalu, pakar-pakar juga beri amaran tentang langkah kerajaan PH naikkan kebergantungan negara pada minyak.

“Saya perlukan sembilan tahun untuk turunkan kerbergantungan minyak dari 41 peratus ke 12.7 peratus.

“PH perlu satu tahun je untuk naikkan kembali ke 33 peratus,

“Saya turunkan defisit negara lapan tahun berturut-turut tetapi PH naikkan kembali untuk tiga tahun berturut-turut.

“Kini harga minyak dunia menjunam ke AS$30 satu tong berbanding harga AS$70 masa PH mula ambil alih kerajaan.

“Kini Malaysia bakal menghadapi krisis ekonomi.

“Siapa yang patut tanggung ini sekarang?” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Di mana pakar2 ekonomi pakatan taik spt lapiji, siti norhalija, sheila majid, tony pua..???

  2. HARGA MINYAK DITURUNKAN BUKANLAH KERANA PH JATUH RUPANYA KERANA HARGA PASARAN MENURUN
    PAKAR EKONOMI SEMUANYA ADA DALAM UMNO, MEREKA MENARIK SUBSIDI DAN MENAIKKAN HARGA MINYAK
    SUBSIDI YANG DITARIK KONONNYA UNTUK MENSTABILKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT NAMUN SEHINGGA KERAJAAN BN JATUH PUN KOS SARA HIDUP TERUS MENINGKAT

  3. Yang laknat bukanlah gst kerana ianya dilaksanakan hmpir 90% negara di dunia ini…yg laknat ialah pakatan taik yg dibarisi oleh pemimpin2 yg bodoh lagi bangang dan disokong pula oleh macai2 mereka yg dungu lagi bodoh..

Comments are closed.