Penyokong-penyokong Ahli Parlimen Perikatan Nasional diminta agar berlapang dada sekiranya wakil rakyat mereka tidak terpilih di dalam barisan Kabinet baharu.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu menerima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berhubung perkara itu.
Katanya, Perdana Menteri membuat keputusan berkenaan ekoran tempat yang perlu diisi untuk jawatan sebagai menteri penuh atau timbalan menteri adalah terhad.
“Alhamdulillah YAB Perdana Menteri telah berpesan kepada ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional kerana tempat untuk Kabinet sama ada menteri penuh atau timbalan menteri adalah terlalu terhad.
semua nak jadi menteri siapa pula nak jadi rakyat?