ROM – Semua aktiviti sukan, termasuk bola sepak di Itali digantung sekurang-kurangnya sehingga 3 April ini berikutan penularan Covid-19, kata Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte.
Penggantungan tersebut turut melibatkan perlawanan bola sepak Serie A namun ia tidak melibatkan pasukan kebangsaan yang menyertai kejohanan antarabangsa.
Serie A mengesahkan semua perlawanan bola sepak akan diadakan secara tertutup tanpa penonton di stadium sehingga 3 April ini.
Conte turut melanjutkan garis panduan kuarantin, termasuk mengadakan majlis melibatkan.
Sebelum ini Jawatankuasa Olimpik Itali mengesyorkan penggantungan semua aktiviti sukan selepas mengadakan mesyuarat khas pada Isnin lalu.
Itali merupakan satu-satunya negara Eropah yang diancam Covid-19 dengan lebih 9,000 kes disahkan positif dan 450 kematian. – MalaysiaGazette