Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata beliau memerlukan masa untuk mengkaji dan memahami dasar dan pelaksanaan beberapa dasar kementerian itu terlebih dahulu.
Menurut beliau, ruang masa perlu diberikan kepadanya bagi mendalami dasar-dasar terdahulu kementerian antaranya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tulisan Jawi, dan Program Sarapan Pagi (PSP) yang telah direncanakan menteri terdahulu, Dr Maszlee Malik. “Isu PPSMI, Jawi, sarapan pagi izinkan saya lihat dulu.
“Dalam keadaan pelbagai isu bagi timbul ini, apa yang penting kita pandang ke depan. Kita tidak mahu ditarik oleh isu-isu ini.