KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) memendekkan masa lawatan di hospital itu bagi langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19.
Waktu lawatan dipendekkan dari pukul 1 hingga 2 petang dan 5 petang hingga 6.30 petang sahaja pada hari bekerja, cuti umum dan hujung minggu.
Pengarah HTAR, Datin Paduka Dr Hasni Hanapi berkata, hospital itu turut melarang kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun melawat.
Menurut beliau, langkah-langkah adalah untuk sementara waktu.
”Keadaan hospital berada dalam keadaan terkawal. Orang ramai diminta tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette