PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal.
“Kalau kita toleh ke belakang, bila dia terkeluar daripada UMNO ketika saya jadi Perdana Menteri (pada tahun 1998), dia cuba tubuh sebuah parti menentang saya.
“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal. Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, Pas masuk. Falsafah dia liberal,” katanya.
“Saya menghadapi masalah dengan Anwar. Saya mengaku. Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Anwar tersingkir dan dia kena hukuman penjara.
“Bila kita nak lawan dan nak jatuhkan Najib, saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar, saya rasakan Najib lebih bahaya.
“Jadi saya sanggup rujuk kembali dengan Anwar, bahkan saya turut bekerjasama dengan DAP. Kalau tidak kita tidak boleh kalahkan Barisan Nasional (pada Pilihan Raya Umum ke-14),” katanya.
Peletakan jawatan Dr Mahathir pada 24 Februari lalu mencetuskan krisis politik dengan penyelesaiannya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette
Mungkin dakwaan Dr M benar ttg Anwar liberal sbb dia lama dlm politik, tp benar mcm mana pun sekalipun kegagalan Dr M ialah tidak memberi peluang kpd Anwar menjadi PM8. Gagal atau tidak Anwar, biarlah ditentukan oleh rakyat. Mana tau…rakyat terutama golongan Melayu luarbandar pun sudah berfikiran terbuka dan merasakan mereka patut berusaha lebih kuat dan tidak hanya mengharapkan tongkat drpd kerajaan. Kenapa Dr M masih mau percaya yg Melayu masih berfikiran kolot dan tertutup? Its now or never…org Melayu..