BEIJING – Kerajaan China mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) menjadi pembawa koronavirus yang kini diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, tentera AS mungkin membawa virus Covid-19 ke bandar Wuhan.
Wabak koronavirus itu dikesan di ibu kota Hubei itu pada bulan Disember tahun lalu.
”Bilakah pesakit sifar bermula di AS? Berapa ramai orang yang dijangkiti? Apakah nama-nama hospital? Mungkin tentera AS yang membawa wabak itu ke Wuhan. Jadilah telus! Jadikan data anda terbuka kepada umum! AS beri kami penjelasan! ” kata Zhao dalam ciapannya yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Kenyataan-kenyataan itu kelihatan sebagai tindak balas dalam perang kata-kata antara China dengan Washington.
Dakwaan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo merujuk koronavirus sebagai “virus Wuhan,” dan menafikan apabila Presiden Donald Trump menyebutnya “virus asing” yang bermula “di China.”
Penyakit berjangkit itu kini telah menjangkiti lebih daripada 125,000 orang di sekurang-kurangnya 118 negara dan wilayah, menurut WHO petang semalam. – MalaysiaGazette
Itu la, Islam telah mengariskan jangan makan tikus, kelawar, ular, tenggiling atau bangkai2 yang lain.
Nak tunjuk hebat konon! Sekarang sudah menyusahkan satu dunia!