Kakitangan Kementerian Kesihatan giat menjalankan saringan di Masjid Sri Petaling.

KUALA LUMPUR – Petugas Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus menjalankan saringan COVID-19 di Masjid Sri Petaling, di sini sejak dua hari lepas setelah seorang peserta perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid itu pada 28 Feb, disahkan positif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan kementerian telah mendapat kerjasama penuh daripada semua pihak iaitu peserta, petugas dan pelajar.

“Pegawai kesihatan kami dari Lembah Pantai disokong oleh petugas dari negeri lain untuk mengesan dan menjejaki semua peserta.

“Ia sememangnya tugas yang besar dan menakutkan, namun kita perlu bersedia untuk berkongsi tanggungjawab kerana semua orang dapat membantu melindungi diri mereka dan masyarakat,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Foto Facebook Datuk Noor Hisham Abdullah

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata masjid itu akan ditutup buat sementara untuk kerja-kerja disinfeksi.

Dr Adham juga menggesa mereka yang menyertai perhimpunan itu supaya segera diuji jika mereka mula mengalami gejala virus itu.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast