LONDON – Kim Kardashian mendedahkan bahawa seorang ahli psikik telah meramalkan penularan virus baharu, Covid-19 12 tahun lalu.
Beliau mendakwa ahli psikik itu juga menjangkakan virus tersebut akan kembali semula pada 2030.
Selebriti berusia 39 tahun itu terkejut ketika kakaknya Kourtney berkongsi ringkasan buku bertajuk ‘End of Days’ oleh Sylvia Browne pada 2008.
Kardashian juga memuat naik gambar buku dan muka surat yang menerangkan mengenai Covid-19.
Terdapat satu perenggan dibulat dengan pen merah menyatakan: “Kira-kira pada tahun 2020 terdapat penyakit seperti radang paru-paru akut akan merebak di seluruh dunia, menyerang paru-paru dan tiub bronkial dan menentang semua rawatan yang diketahui. (In around 2020 a severe pneumonia-like illness will spread throughout the globe, attacking the lungs and the bronchial tubes and resisting all known treatments).
“Lebih membingungkan daripada penyakit itu sendiri yang akan ia akan hilang secara tiba-tiba sepantas ia muncul, menyerang kembali 10 tahun kemudian dan kemudian hilang sepenuhnya (Almost more baffling than the illness itself will be the fact that it will suddenly vanish as quickly as it arrived, attack again ten years later, and then disappear completely). – Agensi