Gunung Everest. Foto: Reuters

KATHMANDU – Nepal menggantung semua aktiviti mendaki gunung di banjaran Himalaya, termasuk Everest, untuk musim ekoran penularan gelombang kedua Covid-19 (koronavirus).

Lapan daripada 14 gunung tertinggi dunia berada di Nepal dan negara itu meraih lebih RM16 juta setahun menerusi bayaran permit setiap tahun.

Menteri Pelancongan, Yogesh Bhattarai berkata, semua pendakian banjaran Himalaya dan Everest antara Mac dan Mei ini digantung serta merta.

“Pendakian untuk musim ini ditutup dan ia adalah langkah awal mencegah Covid-19,” katanya kepada Reuters.

Nepal setakat ini mengesahkan hanya satu kes Covid-19 membabitklan seorang pelajarnya yang belajar di China yang telah pulang.

Dia dikenalpasti dalam kalangan 450 orang rakyat Nepal yang terlibat dengan sa,ringan pengimbasan dan pemeriksaan Covid-19.

Penggantungan pendakian di Himalaya itu menjejaskan ratusan pendaki dari luar negara yang sudah melakukan perancangan awal.

Everest dengan ketinggian 8858 meter atau 29,035 kaki terletak di sempadan Nepal dan Tibet.

Semalam China mengumumkan penutupan pendakian beberapa banjaran di wilayah negara tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast