TERKINI : Mahathir Tolak Saya, Majoriti Orang Melayu Sokong – Anwar Ibrahim

Bukan Melayu yang tolak saya, tapi Dr Mahathir Mohamad.

Itu bidas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana falsafah politiknya yang liberal.

“Tun Mahathir tolak saya tapi orang Melayu belum pasti.

Saya bertanding di semua kawasan majoriti besar orang Melayu sokong saya.

Di Port Dickson majoriti lebih 60 peratus sokong saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Malah kata Anwar, sokongan kaum Melayu boleh dilihat juga di kawasan lamanya di Permatang Pauh apabila rata-rata pengundi mengundi Melayu masih memilih beliau.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast