TERKINI : Saya Dah Kata “Semua Siasatan Akan Diteruskan” – Ismail Sabri

Semua siasatan melibatkan menteri pertahanan sebelum kerajaan Pakatan Harapan akan diteruskan seperti biasa di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menteri Pertahanan yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan melibat urus niaga ‘land swap’ (penswastaan untuk memajukan tanah) membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

“Semua siasatan termasuk swap deal akan diteruskan seperti biasa. “Cuma saya tidak pasti lagi yang mana siasatan telah selesai, yang mana siasatan tangguh akan diteruskan.

“Yang sudah diserahkan kepada pihak berwajib iaitu SPRM dan lain, itu di bawah tanggungjawab mereka,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast