TERKINI : Sehingga Hari Ini Tun M Bukan Anggota PH Lagi – Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota kepada gabungan itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata PH terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan mengenai status Dr Mahathir di peringkat PH.

“Sehigga hari ini dia bukan anggota PH lagi. Tapi kita terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dia ada membuat jemputan bertemunya hari ini dengan beberapa pemimpin PH. Saya tidak bersama kerana saya sedang membuat sidang media,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. tun mahadir sedang sakit. dia sedang mengubat luka yang masih berdarah. berilah dia masa …….

Comments are closed.