MOSCOW – Minyak mentah Arab Saudi sedang ‘melimpahi’ pasaran dunia sehingga harga bahan bakar itu jatuh serendah AS$ 25 setong.
Pengeluar terbesar OPEC itu mensasarkan pasaran di loji-loji penapisan minyak di Eropah dan Asia, juga Rusia.
Sumber-sumber dari industri minyak dan pemprosesan minyak mentah di Eropah berkata, Saudi Aramco memberitahu syarikat berkenaan akan membekalkan semua jumlah tambahan yang diminta pada bulan April nanti.
Sumber sebelum ini memberitahu, Arab Saudi juga mahu menggantikan minyak mentah Rusia di Asia di pasaran China dan India.
Jumlah tangki-tangki melonjak selepas Arab Saudi menyewa berpuluh-puluh kapal tangki untuk mengambil minyak tambahan, termasuk ke Amerika Syarikat.
Harga minyak telah jatuh separuh harga sejak awal tahun kerana kejatuhan permintaan disebabkan penularan wabak koronavirus dan selepas Rusia dan OPEC gagal mencapai perjanjian baru untuk mengurangkan bekalan bahan api itu.
Moscow enggan menyokong tambahan pengurangan bekalan, mendorong Riyadh ‘membuka paip lebih besar’ dan berikrar untuk mengeluarkan lebih banyak minyak ke dalam pasaran.
Rusia setakat ini mengatakan ia tidak merancang untuk kembali ke meja perundingan walaupun merasakan tekanan daripada gerakan luar biasa dari Arab Saudi.
Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak pada hari Jumaat, Rusia tidak melihat alasan untuk kembali ke perbincangan dengan rakan OPEC + dan berupaya meningkatkan pengeluaran minyaknya sebanyak 200,000 tong sehari pada bulan April.
Arab Saudi telah mengurangkan harga jualan minyaknya secara signifikan dengan. Bar Light Arab dan Arab Medium ditawarkan pada harga AS$ 25 hingga AS$ 28 setong berdasarkan CIF Rotterdam , kata para peniaga.
Minyak mentah Urals Rusia ditawarkan sedikit lebih tinggi daripada AS$ 30 setong pada dasar CIF Rotterdam, menurut data Refinitiv Eikon. – MalaysiaGazette
tak apa lah jual minyak murah2 biar cepat habis. kalau simpan banyak2 nanti dunia ini akan terbakar. minyak tetap keluar setiap masa. kalau manusia tak guna minyak itu nanti cepat lah dunia ini kiamat. sebab terbakar diri.sendiri.