Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.
KUALA TERENGGANU -Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad membuat laporan polis selepas diprovokasi oleh sekumpulan individu pada Jumaat.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 10.45 malam selepas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu selesai menghadiri perjumpaan bersama ahli-ahli di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan laporan yang dibuat pemimpin itu.

Menurut Abdul Rahim, Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak dipukul seperti yang didakwa oleh netizen di laman sosial.

Sehubungan itu, beliau meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan.

Katanya, mangsa membuat laporan polis kerana berasa terancam dengan tindakan kumpulan berkenaan dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Abdul Rahim, pasukannya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai  kejadian tersebut.

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah.

Sebelum ini, tular di laman sosial dakwaan kononnya Khalid dipukul dipercayai kerana menghina Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast