Gambar hiasan

SEREMBAN – Tiada klinik kesihatan sekitar sini yang ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes Covid-19 seperti ditularkan di media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak Khamis lalu, kata Pemangku Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid.

Beliau menjelaskan semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki Covid-19.

“Aktiviti disinfeksi adalah amalan rutin yang dijalankan di semua fasiliti kesihatan untuk mencegah jangkitan silang kepada pesakit lain dan anggota kesihatan.

“Aktiviti disinfeksi biasanya dijalankan selepas waktu operasi klinik kesihatan. Justeru semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mohammad Faid meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast