najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Rakyat negara yang berbilang kaum harus sedar dan mendukung tinggi kepentingan Raja kerana institusi ini berperanan sebagai tiang seri dalam Perlembagaan Persekutuan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, jika tiang seri di rumah tidak kukuh dan dijaga, sudah tentu rumah itu akan roboh dan begitu juga dalam konteks hidup bernegara.

Jelas beliau, agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, kepentingan bahasa Melayu dan hak Bumiputera menjadi tiang seri dalam perlembagaan kita dan menjadi asas kepada keharmonian Malaysia.

“Peranan SPB YDPA cukup besar terutama sekali apabila berlakunya krisis politik angkara PH sehingga runtuhnya kerajaan. Kepimpinan YDPA dapat dilihat apabila krisis ini dapat selesaikan dengan cukup baik dan tidak mencetuskan kekacauan.

”Inilah sebenarnya peranan YDPA iaitu melindungi kestabilan politiek negara. Jika tiada YDPA sudah tentu negara kita akan mengalami pergolakkan politik seperti di rantau lain.

“Seterusnya, isu kerajaan pintu belakang tidak timbul kerana kerajaan Perikatan Nasional wujud setelah diperkenan YDPA dan menjadi tanggungjawab rakyat untuk mengikutinya,” katanya di laman Facebook miliknya.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu berkata, beliau menyeru rakyat agar sentiasa ingat kesengsaraan yang dihadapi selama 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan sehingga terjadinya pelbagai perkara di luar jangkaan.

“Jika tiadanya peranan Raja sudah tentu kita tidak akan menikmati keharmonian dan kestabilan politik pada hari ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. umno jangan banyak cakap lah. ph 22 bulan dah hilang. sekarang umno pulang balik. peneroka felda jangan dilupakan. dulu peneroka felda selalu dapat walaupun hasil kurang wang bonus tahunan dan duit raya pasti dapat. zaman ph peneroka sengsara. sekarang peneroka menanti pendapatan pulih segera. tapi bila.

  2. Mudah2an selepas ini lebih baik dari sebelumnya…cuma jgn membuka aib dulu untuk menutup kelemahan sendiri sudahlah..berubahlah yg baik untuk rakyat….

Comments are closed.