Pusat Sains Negara
KUALA LUMPUR – Berikutan wabak Covid-19 yang semakin menular, Pusat Sains Negara dan Platenarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan untuk dibuka kepada orang ramai semula.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun ramai pelajar ingin mengunjungi kedua-dua pusat itu sempena cuti sekolah, namun kesihatan rakyat wajar didahulukan.
“Pasti ramai para pelajar ingin mengunjung pada minggu cuti sekolah. Namun kesihatan rakyat wajar didahulukan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Semalam sebanyak 190 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan di negara ini dan satu mesyuarat khas akan diadakan hari ini bagi mengenal pasti tindakan komprehensif menangani wabak yang semakin menular. – MalaysiaGazette