KUALA LUMPUR – Tindakan pemandu kenderaan Proton Gen 2 yang memandu secara melulu tanpa memberi isyarat sehingga melanggar penunggang motosikal dikecam netizen dan media sosial.
Rakaman video yang menunjukkan insiden langgar lari itu berdurasi 36 saat itu tular melalui Twitter.
Netizen meminta orang ramai membantu menyebarkan insiden itu supaya pemandu biadap itu dicekup oleh pihak berkuasa.
Video itu dirakam oleh pengguna media sosial FB Nafisah Abdrahman dikongsi oleh akaun twitter bernama Selangorian@twt_selangor 9 jam lalu dengan ciapan:”Orang Shah Alam tolong sebarkan..Kes langgar lari di bulatan berdekatan Masjid Shah Alam, no plat tak dapat dikenal pasti”.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, insiden itu berlaku sekitar 3.22 petang pada 14 Mac lalu dan dilihat oleh lebih 8,000 pengguna media sosial.
Berdasarkan rakaman tersebut, pemandu berkenaan langsung tidak memperlahankan kenderaannya semasa tiba di bulatan tersebut sebelum melanggar motosikal yang datang dari arah kanan.
Malah, selepas melanggar, pemandu berkenaan melarikan diri.
Manakala seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Sentap Ke@FairuzAlang pula memuat naik gambar yang menunjukkan keadaan terkini penunggang motosikal yang dilanggar Proton Gen2 itu.
Mangsa, seorang lelaki muda terlantar di atas katil wad hospital yang tidak dapat memastikan lokasinya dan diletakkan kapsyen bahawa rider berkenaan patah bahu dan kaki serta sedang dirawat di Hospital Pantai.
Namun, maklumat lokasi hospital berkenaan tidak dimaklumkan.
Dalam gambar itu, mangsa kelihatan sihat dan melemparkan senyuman.-MalaysiaGazette
Banyak juga kejadian yg macam ni kerana pemandu dibulatan tidak tahu laluan siapa patut yg jalan dulu.
Kalau belajar memandu , ilmu ini tidak diterapkan, banyak lagi kemalangan akan berlaku di bulatan.