Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bercakap kepada media selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor yang ke 14 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 16 MAC 2020

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menafikan beliau ditawarkan imbuhan sehingga RM100 juta untuk menyertai Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Khalid tidak menafikan tawaran sama ada pernah dibuat kepada beberapa Ahli Parlimen lain daripada Parti Amanah Negara (Amanah) sebelum ini.

“Saya sendiri tak ditawarkan apa-apa, kerana mereka tahu saya tidak akan menerima.

“Tapi memang saya dengar ada yang ditawarkan jawatan menteri dan sebagainya, khususnya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Itu pun umum tahu tawaran itu kerana masalah Covid-19,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) khususnya Amanah ditawarkan bayaran sehingga RM100 juta untuk menyertai Kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Khalid menyifatkan usaha pembelian ahli-ahli Parlimen PH ini sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat ketika berdepan dengan pelbagai krisis negara.

“Mereka mementingkan soal politik. Tindakan khianat ini menyebabkan terbentuknya sebuah kerajaan.

“Istilah kerajaan pintu belakang itu bukan satu istilah bukan mempertikaikan perundangan.

“Tapi ianya istilah yang digunakan kerana ianya telah ditubuh tanpa akhlak dan etika yang baik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Dh hilang jwtn menteri tp penyakit suka menipu dan memfitnah x hilang lg..kesian

  2. Pundek la hindu….balik India la….mau tumpang senyap2 la duduk…..orang kasi makal mau menyalak lagi ka… anjing

  3. Biasa la… Kembali seperti dulu… Memfitnah semata2… Sebab tu la kerajaan anda x kekal memerintah.. Byk tipu dan fitnah… Dah terbiasa kan puak2 pemfitnah ni dari masa pembangkang jd kerajaan BALIK SEMULA ke pembangkang.. Fitnah adalah makanan bg PH

  4. Engkau bukti kan dulu bru cakap.selama ni pun kau cakap macam2 tp x ada satu pun yg terbukti nya kalau takat mcam kau tu percuma pun pn x nak…jgan perasan spai apa pun yg kau pun kau tak tahi.

Comments are closed.